Tahanan Guantanamo yang mogok lapar akan dipaksa makan pada bulan Ramadan.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT - Pihak berkuasa di Penjara Teluk
Guantanamo dilaporkan akan memaksa tahanan di pusat tahanan itu makan
pada bulan Ramadan.
Dipetik AFP, menurut pengasas bersama gerakan keadilan sosial,
CodePink, Medea Benjamin berkata, tindakan paksa makan itu melanggar hak
asasi manusia.
"Ia juga tidak menghormati agama Islam dan dengan jelas dilihat sebagai
pelanggaran hak asas tambahan ke atas tahanan," jelasnya lagi.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Keadilan AS menegaskan kononnya tindakan
paksa makan itu bukan satu masalah kepada tahanan yang berpuasa kerana
ia hanya dilaksanakan pada waktu malam.
Bagaimanapun, para aktivis tetap mengecam kaedah yang digunakan
tersebut memandangkan lebih 130 daripada 166 tahanan kini nekad mogok
lapar sejak kira-kira lima bulan lalu.
No comments:
Post a Comment