Antara yang ditahan oleh anggota polis dan
anggota SPAD dalam operasi bersepadu SPAD di Balai Polis Trafik Jalan
Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesan
17 pemandu teksi melakukan pelbagai kesalahan menerusi Ops Tegas
Bersepadu yang dilancarkan di ibu negara, malam tadi.
Daripada jumlah itu, 13 pemandu didapati tidak menggunakan meter, dua tiada Kad Pemandu, manakala masing-masing seorang kerana menetapkan harga tambang dan menggunakan Kad Pemandu tamat tempoh.
Daripada jumlah itu, 13 pemandu didapati tidak menggunakan meter, dua tiada Kad Pemandu, manakala masing-masing seorang kerana menetapkan harga tambang dan menggunakan Kad Pemandu tamat tempoh.
Caj melampau
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata pemandu yang menetapkan caj melampau itu mengenakan bayaran hampir empat kali ganda lebih tinggi berbanding tambang asal iaitu RM4.60 untuk perjalanan dari Jalan Raja Chulan ke Hotel Ancasa yang jaraknya tidak sampai dua kilometer.
“Selain tidak menggunakan meter, tindakan segelintir pemandu teksi mengenakan caj melampau dan menetapkan tambang untuk ke sesetengah destinasi, melanggar Akta Pengangkutan Awam Darat, sekali gus berdepan tindakan denda antara RM500 hingga RM500,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.
Beri kesedaran
“Salah laku seperti itu akan terus dibanteras melalui operasi secara berterusan dan pada masa sama, kita mahu menerapkan kesedaran kepada pengguna mengenai hak mereka sekiranya dianiaya pemandu dan pengusaha teksi tidak bertanggungjawab,” katanya.
Ops Tegas Bersepadu dijayakan bersama polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pemandu teksi yang ditahan dalam gerakan empat jam bermula 6 petang dan disertai 80 pegawai serta anggota empat agensi itu kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
Katanya, operasi bersepadu itu yang kali ketiga dilakukan tahun
ini akan digerakkan lebih kerap setiap minggu untuk memberi amaran
kepada pemandu teksi bahawa mereka sentiasa diperhatikan dan tidak akan
terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan
No comments:
Post a Comment