Sunday, 25 August 2013

Hak Penjagaan Anak


Kedua-dua ibu bapa mempunyai hak untuk memohon hak penjagaan anak. Walau bagaimanapun, mahkamah hanya akan menyerahkan hak penjagaan kepada salah seorang daripada mereka (ibu atau bapa) sahaja.

Jika kanak-kanak itu tidak sesuai tinggal bersama ibu bapanya, mahkamah juga boleh menyerahkan hak penjagaan kepada:

·       Seorang saudara mara
·       Sebuah organisasi yang menangani kebajikan kanak-kanak
·       Mana-mana individu lain yang sesuai

Anda boleh memohon mendapatkan hak penjagaan anak jika:

·       Anda telah bercerai
·       Anda dan suami anda telah berpisah

Dalam menilaikan siapa yang harus mendapat hak penjagaan, mahkamah akan mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

·       Isu utama ialah kebajikan kanak-kanak itu dan apa yang terbaik baginya
·       Kedua, permintaan ibu bapa
·       Ketiga, permintaan kanak-kanak itu jika dia telah cukup matang untuk memberi pendapatnya sendiri
·       Jika kanak-kanak itu sedang tinggal dengan salah seorang dari ibu bapanya, mahkamah mungkin tidak mahu mengganggu kehidupan kanak-kanak itu dengan menukar hak penjagaan
·       Apa-apa sahaja yang menyebabkan seorang ibu atau bapa itu tidak layak mendapat hak penjagaan.

Jika kanak-kanak itu berumur di bawah tujuh tahun, mahkamah cenderung untuk memberi hak penjagaan kepada si ibu. Jika ada dua atau lebih kanak-kanak, mahkamah mungkin akan atau tidak akan memisahkan mereka apabila memberikan hak penjagaan. Mahkamah akan menilai apa yang terbaik bagi setiap seorang kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun, mahkamah lebih suka untuk tidak memisahkan adik-beradik itu.

Syarat-syarat

Apabila mahkamah telah memberikan hak penjagaan, ia juga boleh mengenakan syarat-syarat penjagaan yang tertentu untuk dipatuhi. Syarat-syarat ini boleh jadi berkaitan dengan:

·       Di mana kanak-kanak itu patut tinggal
·       Pendidikan dan agama kanak-kanak itu
·       Akses kepada kanak-kanak itu oleh salah seorang ibu bapa atau saudara mara yang tidak mempunyai hak penjagaan
·       Penjagaan sementara kepada seseorang yang lain daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.

Ibu bapa yang tidak mendapat hak penjagaan anak boleh meminta mahkamah membenarkan akses kepada kanak-kanak itu, atau meminta hak lawatan. Dia juga boleh meminta mahkamah untuk mengenakan syarat bagi menghalang suami/isteri yang mempunyai hak penjagaan dari membawa kanak-kanak itu keluar dari negara ini.

Anda juga boleh memohon mendapatkan hak penjagaan sementara dalam masa menunggu kes perceraian atau kes penjagaan anak anda didengar di mahkamah.

Perintah hak penjagaan yang diberikan oleh mahkamah tidak kekal dan boleh diubah berdasarkan permohonan dari salah seorang suami/isteri, jika terdapat perubahan pada situasi.


komen saya :

walaupun pasangan suami isteri menghadapi masalah yang mungkin tiada lagi jalan penyelesaian melainkan cerai, namun anak-anak masih menjadi tanggungjawab bersama. mereka berhak mendapat kasih sayang yang tiada bezanya dari siaayah dan siibu. tidak kiralah hak penjagaan jatuh ketangan ayah atau ibu, tetapi kasih sayang dari kedua ppihak harus diberikan kerana anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. bagi si ayah dan si ibu yang mendapat hak penjagaan anak pula, perlulah menjaga anak-anak tersebut dengan sebaik mungkin dan memberikan pendidikan yang terbaik agar mereka dapat membesar dengan ilmu serta akhlak yang terpuji.

Sunday, 18 August 2013

lagu damai yang hilang


Lirik Damai Yang Hilang - NowSeeHeart 

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergaadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-damai-yang-hilang-nowseeheart.html#ixzz2cKIrnpea

kesimpulan : daripada lagu damai yang hilang ini jelas menunjukkan bahawa hak untuk hidup bebas, aman, harmoni tidak dapat diperoleh oleh saudara-saudara kita, dimana mereka bukan sahaja di seksa malah terdapat ramai insan yang tidak berdosa terbunuh di atas kejahilan mereka. kanak-kanak yang sepatutnya mendapat kasih sayang ibu bapa seawal umur yang masih muda telah kehilangan insan tersayang (ibu bapa) di atas kejahilan tentera-tentera zionis. hak mereka untuk hidup bahagia telah dirampas tanpa sedikit rasa belas kasihan.

Friday, 16 August 2013

KANAK-KANAK DIDERA


   
Ramlah Che Kob, 58, dari Kampung Tanjung Surau Besar di sini mengsyaki wang tersebut telah dihabiskan oleh anak perempuannya, ibu kepada kanak-kanak itu bersama suami keduanya.
  
Wang itu dikatakan diterima oleh suami pertama anaknya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas sebagai pemandu.
  
Bercakap kepada pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini, Ramlah tidak pula menyatakan sama ada wang tersebut bayaran dari Perkeso atau insurans.
  
Beliau hadir melihat tiga cucunya yang dirawat akibat deraan itu.
  
“Makcik memang sakit hati...(orang) ‘makan’ duit anak-anak yatim dan sanggup mencederakan mereka tanpa belas kasihan,” katanya.
  
Ramlah berkata beliau tidak sangka anak perempuannya itu sanggup bersubahat dengan suami barunya, mendera tiga beradik itu.
  
"Sejak anak makcik mendirikan rumah tangga lapan bulan lepas, cuma tiga kali kami berjumpa, dan selepas itu puas makcik mencari mereka tetapi tidak ditemui sehinggalah mendapat tahu kes dera ini,” katanya.
  
Sementara itu, kanak-kanak malang yang lebih mesra dengan panggilan Haikal berkata dia tidak sabar untuk pulang ke Johor bersama nenek sebelah Allahyarham bapanya.
  
"Saya hendak ikut nenek balik Kampung di Kota Tinggi dan tidak sabar untuk bersekolah," katanya.
  
Dalam pada itu nenek tersebut, Hasmah Abdul Rahman, 61, ketika ditemui di hospital berkata dia akan membawa pulang cucunya sebaik selesai menerima rawatan.
  
Menurutnya mereka telah lama terputus hubungan sejak ibu kanak-kanak ini berpindah ke Kuala Terengganu dan beliau segera datang bila dapat tahu cucunya telah dimasukkan ke hospital.
 
"Jika boleh mak cik nak ambik ketiga cucu ini balik ke Johor tapi nenek sebelah ibunya minta tinggalkan seorang untuk mereka. Jadi makcik akan bawa pulang Haikal dan adiknya (lelaki) yang berusia lima tahun.
  
Seorang lagi adik lelakinya berusia tiga tahun akan tinggal bersama ibunya.   
"Mak cik akan jaga dia dan berikan pendidikan serta didikan agama yang cukup agar dia dapat melupakan peristiwa hitam ini," katanya.
  
Sementara itu, Pakar Pediatrik HSNZ, Dr Nor Zubaidah Kadir berkata seorang daripada kanak-kanak itu akan mengalami kecederaan kekal dan sebahagian jari kakinya hilang akibat penderaan itu.   

Pihaknya masih memantau perkembangan kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu selepas menjalani rawatan 25 Jun lalu.   

Beliau berkata kini ketiga beradik ini masih di HSNZ untuk rawatan lanjut dan keadaan mereka bertambah stabil.
  
"Ketiga beradik ini boleh berkomunikasi dengan baik namun kami masih memantau keadaan bagi mengelakkan mereka daripada trauma akibat penderaan itu," katanya. - Bernama

sumber :  http://www.sinarharian.com.my/wang-simpanan-arwah-bapa-kanak-kanak-didera-habis-1.179718

komen : Anak yang dikurniakan bukan untuk dijadikan seperti bola, namun mereka berhak menerima kasih sayang daripada ibu bapa, pendidikan dan penjagaan yang sempurna. Di dalam kes yang dinyatakan di akhbar sinar harian mendapati bahawa kanak-kanak ini tidak mendapat hak penjagaan yang sempurna daripada ibu serta ayah tirinya. sepatutnya mereka menjaga kanak-kanak ini bagai menatang minyak yang penuh. mereka tidak berhak memakan harta anak-anak yatim dimana ibu mangsa bersama ayah tirinya telah menghabiskan sejumlah wang yang besar hasil peninggalan bapa kanak-kanak tersebut. hak terhadap harta kanak-kanak ini turut dicabuli oleh ibu kandungnya sendiri bersama ayah tirinya